Pekan Baru ke Bukit Tinggi....Indahnya Bumi Allah
Percutian sekeluarga sempena cuti sekolah dari 10 December - 13 December 2014
Gambar klise pada setiap pengunjung yang kali pertama jejak
kaki ke Pekan Baru, Riau Indonesia
Lapar-lapar… makan 4 orang lebih kurang RM50…sebab kedai ni
taraf restoran kot.
Cari kuih pulak…Tauhu Sumedang .. 10 biji RM3 (IDR10,000),
macam-macam kuih ada disini.
Pasar Bawah Kota PekanBaru…lalu saja, tak masuk pun.
Banyak kedai menjual kraf di kawasan Rumbai, luar Kota Pekan
Baru.
Aktiviti-aktiviti menjana pendapatan di Pekan Baru.
Perpustakaan (satu lagi gambar “klise”)
Masjid Agung An Nur, Kota Pekan Baru – Bukan sahaja tempat
solat malah tempat riadah diwaktu petang dan tempat berniaga.
Sate padang…ok lah..tapi sedap lagi sate kat Malaysia. Sate
dia halus-halus, rasa tak puas bila masuk mulut ada lagi rongga-rongga mulut
yang kosong. Harga satu set dalam RM3 untuk 6 batang campur nasi himpit atau bahasa
minang, ketupek.
Hotel Amaris – Malam pertama. Harga IDR375,000 (RM130).
Bilik kecil, 2 single bed. Ok lah untuk 2 dewasa 2 Kanak-kanak. Ada breakfast. Layanan
bagus. Buka tingkap nampak Masjid Agung An Nur.
Masjid Agung An Nur waktu malam dari tingkap bilik Hotel
Amaris.
OK… Jom ke Bukit Tinggi.
Bertolak jam 0700 pagi WIB (waktu Indonesia barat), perjalanan
6 jam.
Memulakan perjalananan ke Bukit Tinggi, Sumatera Barat
melalui Bangkinang.
Dua bakul yang diubah suai dengan kesesuaian motosikal, satu
modern (besi) dan satu lagi bakul anyam rotan. Pelbagai cara digunakan untuk
menambah pendapatan, yang penting usaha.
Gang motor kat Malaysia mesti suka layan jalan macam nie.
Kening cecah jalan raya.
Hentian rehat – Danau Buatan (atas bukit – dingin)
Hentian rehat – Danau Buatan (atas bukit – dingin)
Pemandangan dari Hentian rehat – Danau Buatan
Tengah musim durian, sepanjang jalan di pergunungan ke Bukit
Tinggi. Harga durian seperti dalam gambar hanya IDR30,000 @ RM9.00. Rasanya
memang enak gitu pak.
Perkampungan di kawasan berdekatan dengan bukit bukau.
Kelok
9 – Jalan lama Pekan Baru – Bukit Tinggi (yang atas jalan baru). Tujuan
pembinaan untuk melancarkan trafik musim perayaan. Tempoh pembinaan 10 tahun. Baru
2 kali hari raya digunakan. Lagi gambar di bawah.
Pertanian
adalah ekonomi utama di kawasan Bukit Tinggi, terutama penanaman padi. Kawasan
disini subur oleh kerana adanya gunung berapi yang masih aktif.
Gunung
Merapi – masih aktif
Kereta
kuda sebagai tarikan pelancong
Pasar atas – Bukit Tinggi. Harga boleh rupiah, boleh
ringgit. Pandai dia orang berniaga.
Penginapan Malam Kedua – Bunda Hotel, Bukit Tinggi.
Harga promosi IDR375,000 @ RM130. Non-alcohol hotel. Ada
channel Mekah & Madinah (boleh tengok orang tawaf), bilik besar (as per
below picture) & makan sedap.
Sepanjang jalan ada orang mintak sumbangan untuk mushollah
Carilah Roti Siak di sini – pasti terpejam mata saat masuk
dalam mulut lepas cicah dengan kopi.
SELAMAT JALAN
P/s: Airport Tax - IDR150,000 seorang.
P/s: Airport Tax - IDR150,000 seorang.
Comments
p/s...bila nk tukar ke dslr?;p