Posts

Showing posts from July, 2011

Malaysia XI vs Arsenal FC

Image
“Malaysia sentiasa dihati tapi ramai orang belanja duit untuk yang diminati”..En.J  Semalam dalam dalam radio sibuk mengatakan orang Malaysia tak sokong Malaysia. Ini lanjutan daripada perlawanan bolasepak antara pasukan Malaysia XI menentang Arsenal FC sebuah kelab liga bolasepak Inggeris dimana ramai yang mengatakan stadium Nasional Bukit Jalil menjadi seperti stadium Emirates (stadium rasmi pasukan Arsenal)  Betul ke? Mari kita lihat dari ekor mata kita. Pertama – Perlawanan itu pada ekor mata saya adalah perlawanan persahabatan atau lebih tepat gelanggang untuk selebriti-selebriti ini bertemu dengan peminat, jadi ia lebih kepada perlawanan pertunjukkan yang mana keputusan yang diperolehi tidak membawa makna apa-apa kecuali dapat meningkatkan kecergasan para pemain.  Kedua - Sebuah kelab bolasepak besar yang selalu kita lihat didalam kotak TV tiba-tiba datang ke Negara kita untuk dua hari. Tak kan peluang ini hendak dilepaskan oleh peminat-peminat Arsenal di Negara ini

Hanoi May 2011

Image
Assalamualaikum, “Tuntutlah Ilmu hingga ke Negeri China”. “Sampai Vietnam pun cukuplah dulu”..En.J Pada penghujung bulan May 2011 iaitu tanggal 26 May hingga 28 May, ayah dan mama pergi ke Hanoi, Vietnam. Sebenarnya mama tak ada pun dalam senarai trip tu tetapi disebabkan ayah tidak berapa sihat, mama ikut jadi Nurse/Misi ayah. Lawatan ni adalah lawatan kerja ayah untuk melihat bagaimana Negara Vietnam menguruskan beras stokpail mereka. Sebenarnya nama ayah dah dikecualikan dari lawatan ini oleh kerana keadaan kesihatan ayah. Tiket MAS pun ayah dah batalkan. Tetapi oleh kerana ilmu yang jarang sekali diperolehi ayah beli sendiri tiket Airasia dan bawa mama sebagai nurse lagi pun tiket ayah boleh claim jadi apalah salahnya. Alhamdullilah ayah sempat untuk sesi mesyuarat bersama pegawai-pegawai stokpail Vietnam dan lawatan ke gudang-gudang beras mereka. Disini ayah nak cerita sedikit berkenaan Hanoi... yang pasal kerja tu tak payah cerita, itu semua rahsia kerajaan. Pertama:

Lama tak jumpa.... dah tahun 2011

Image
Assalamualaikum... Bila ye last sekali update blog nie... malas pulak rasanya nak check. Cik Nurin pun dah besar... dah 4 tahun sekarang. Bapak dia pun makin tua, samalah dengan mak dia. Banyak kisah dalam 4 tahun nie yang tak larat nak di ceritakan. Antara yang menarik, sekarang nie start awal bulan Jun 2011 kami sekeluarga dah berpindah ke rumah nenek di Kampung Bukit Changgang, Banting Selangor. Dalam 10 minit dari KLIA. Kenapa pindah???..  nantilah cerita. Penat jugak pindah nie.. barang tak banyak angkatlah, masih ada banyak lagi yang tinggal kat rumah di Puncak Perdana Shah Alam. Nantilah bila rumah nenek dah siap renovate kami angkutlah. Dan mungkin lepas tu nak sewakan sekiranya ada yang nak sewa. Tau sajalah sekarang nie nak cari rumah kat area bandar ni susah harga makin mahal. Kalau dapat simpan jadi investment pun syukur alhamdullilah. Sekarang ni Cik Nurin tak nak sekolah sebab dia kata sekolah kat Bukit Changgang tu tak cantik. Penat jugak lah pujuk masih juga tak n