Malaysia XI vs Arsenal FC

“Malaysia sentiasa dihati tapi ramai orang belanja duit untuk yang diminati”..En.J

 Semalam dalam dalam radio sibuk mengatakan orang Malaysia tak sokong Malaysia. Ini lanjutan daripada perlawanan bolasepak antara pasukan Malaysia XI menentang Arsenal FC sebuah kelab liga bolasepak Inggeris dimana ramai yang mengatakan stadium Nasional Bukit Jalil menjadi seperti stadium Emirates (stadium rasmi pasukan Arsenal) 

Betul ke? Mari kita lihat dari ekor mata kita.

Pertama – Perlawanan itu pada ekor mata saya adalah perlawanan persahabatan atau lebih tepat gelanggang untuk selebriti-selebriti ini bertemu dengan peminat, jadi ia lebih kepada perlawanan pertunjukkan yang mana keputusan yang diperolehi tidak membawa makna apa-apa kecuali dapat meningkatkan kecergasan para pemain. 

Kedua - Sebuah kelab bolasepak besar yang selalu kita lihat didalam kotak TV tiba-tiba datang ke Negara kita untuk dua hari. Tak kan peluang ini hendak dilepaskan oleh peminat-peminat Arsenal di Negara ini. Tak mungkin.... . Inilah peluang peminat-peminat ini untuk mengambil gambar bersama pemain yang mereka gemari. 

Ketiga - Bila dah pergi ke stadium untuk lihat pasukan kegemaran yang datang sekali sekala, mesti nak beli jersi yang baru..yelah baru ada “feel” dan boleh tunjuk kepada kawan-kawan. Selalunya peminat-peminat fanatik ini akan beli baju yang rasmi (“original”) yang sudah pasti harganya ratusan ringgit. Takkan lah nak simpan dalam almari, mesti pakai ke stadium lah. 

Keempat – Kita kerja siang malam, penat tubuh badan, dapat gaji, simpan gaji. Jadi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membuat keputusan dimana hendak dibelanjakan duit gaji yang kita simpan itu. Dalam kes ini kita memilih untuk membeli tiket perlawanan yang harga terendah kalau tidak silap adalah RM68. Kalau dah beli tiket mahal... baju apa yang sesuai?????

Kesimpulannya, jika diikutkan dari faktor-faktor diatas adalah tidak ada salahnya Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi Stadium Emirates kerana keputusan yang dibuat adalah sekali dalam setahun atau mungkin sekali dalam tempoh 20 – 30 tahun.

“Malaysia sentiasa di hati” dan memang selamanya Malaysia akan tetap terus dihati. Cuma kadang kala dalam mencari kepuasan diri keputusan adakalanya tidak memihak kepada diri. Oleh yang demikian ramailah peminat bolasepak kita menjadikan stadium nasional seperti Stadium Emirates. 

Ooooiiiii nanti sekejap..... pasal pakai baju apa pun nak gaduh ke, lagu negaraku tetap juga berkumandang dibibir penonton yang pergi stadium. Kalau pasal baju pun nak gaduh... nanti dia orang semua bukak baju lagilah haru...

16 Jul 2011. 5.45PM – Pasukan saya pula Liverpool the Red akan menentang Malaysia XI...jom tengok adakah Stadium Nasional akan jadi Anfield pula lepas ni...

“Come on Malaysia” “You’ll Never Walk Alone”
 .... jumpa lagi

Comments

Popular posts from this blog

Cinta Till Jannah