Hanoi May 2011

Assalamualaikum,

“Tuntutlah Ilmu hingga ke Negeri China”. “Sampai Vietnam pun cukuplah dulu”..En.J

Pada penghujung bulan May 2011 iaitu tanggal 26 May hingga 28 May, ayah dan mama pergi ke Hanoi, Vietnam. Sebenarnya mama tak ada pun dalam senarai trip tu tetapi disebabkan ayah tidak berapa sihat, mama ikut jadi Nurse/Misi ayah. Lawatan ni adalah lawatan kerja ayah untuk melihat bagaimana Negara Vietnam menguruskan beras stokpail mereka.

Sebenarnya nama ayah dah dikecualikan dari lawatan ini oleh kerana keadaan kesihatan ayah. Tiket MAS pun ayah dah batalkan. Tetapi oleh kerana ilmu yang jarang sekali diperolehi ayah beli sendiri tiket Airasia dan bawa mama sebagai nurse lagi pun tiket ayah boleh claim jadi apalah salahnya. Alhamdullilah ayah sempat untuk sesi mesyuarat bersama pegawai-pegawai stokpail Vietnam dan lawatan ke gudang-gudang beras mereka.

Disini ayah nak cerita sedikit berkenaan Hanoi... yang pasal kerja tu tak payah cerita, itu semua rahsia kerajaan.

Pertama: Cuaca – Cuaca masa sampai di Hanoi tu agak dingin sedikit dan agak berangin.. orang macam ayah yang banyak lemak ni memanglah suka sebab sejuk. Waktu sampai tu pagi dalam pukul 8.00 am (waktu Vietnam) waktu Malaysia dalam pukul 9.00 pagi (Vietnam lambat sejam). Tengahari panas tetapi tidak berpeluh, selesa lah tu sebabnya orang Vietnam ni putih-putih kot..(yang perempuan lah..hehehe).  Masa ni kata orang Vietnam adalah penghujung musim sejuk..so kalau nak pergi ke Hanoi elok pada bulan November hingga April.


Kedua: Keadaan jalan raya – sebelum tu masa sampai je kita orang dah terkejut...Mana stereng kereta ni? Rupa-rupanya setereng dia sebelah kiri macam Amerika. Sepanjang perjalanan dari Airport ke Bandar Hanoi hon kereta tak berhenti-henti bunyi ... tin ton tin ton. Disini motorsikal menjadi kenderaan utama, mungkin senang kot sebab jalan jam teruk. Kelebihan dia pula pejalan kaki boleh melintas sesuka hati sebab motor-motor tu semua yang akan mengelakkan diri hah terkejutkan, kalau kat Malaysia pejalan kaki tu dah kena maki.
   


Ketiga: Tempat membeli belah – Dalam masa membuat market survey untuk kerja yang antaranya melihat beras di kedai-kedai sekitar Hanoi. Sempatlah juga kami berdua ke Cho Dong Xuan market, antara tempat membeli belah yang popular di Hanoi. Tempat ni macam pasar siti khadijah kat Kelantan (dalam komplek). Harga memang murah (kalau pandai tawar menawar). Selain dari Cho Dong Xuan ni ada Old Quarter street iaitu tempat membeli belah dimana kedai-kedai nya di tepi jalan dah namanya pun street tepi jalanlah...bengong mu.

Tips membeli belah disini pada pandangan mata lelaki:
  
  1. Kalau ada tak nak cakap tak nak (untuk yang peniaga yang berjalan kaki). Sebab dia akan ikut kita.. jadi kena tegas sikit, jangan tegas sangat.. tempat orang tu. 
  2. Kalau nak tawar dulu hingga kedua-dua belah pihak setuju, sebab kalau dia orang dah setuju dah tak boleh tawar dah. 
  3. Tawar harga serendah mungkin dan kalau tak dapat buat-buat jual mahal (yang ni untuk di Cho dong Xuan) dia akan kejar balik kita dan setuju dengan harga yang kita nak atau lebih kurang. 
  4. Kalau boleh urusniaga dalam Dong (matawang Vietnam) sebab boleh kira sekecil yang mungkin. Di Vietnam USD boleh diguna pakai tetapi kita rugi tang rate dia lah. Ada sekali tu beli topi dengan duit Malaysia Ringgit, mungkin susah sangat nak jual kot ringgit pun bolehlah. Beli sutera pastikan dulu bidangnya..sebab sutera kat sana bidang dia kecik... mungkin sebab orang kat sana kurui-kurui kot tu yang bila dia produce sutera bidang dia kecik kecik.
Dibawah antara gambar tempat membeli belah di Hanoi:

 
Keempat: Makanan – Susah nak cari tempat makan yang halal kat Hanoi ni, yang ada pun di tepi jalan hanya air mineral water, yang lain takut nak makan. Tetapi alhamdullilah Allah Maha Besar ada juga orang Melayu kita bukak restoran kat Bandar Hanoi ni iaitu Restoran Nisa di 32 Hang Tre Street Hoan Kiem District Hanoi dan Restoran Indian (Halal) iaitu Khazaana. Masakan kat Restoran Nisa memang sedap, mungkin sebab dah lapar sangat kot.

 
Secara keseluruhannya kalau kita tidak berjalan ke tempat orang kita tidak akan tahu budaya orang. Jauh perjalanan luas pemandangan walaupun hanya sampai ke Hanoi. Ok lah Cik Nurin Sofiya  jumpa lagi.


Comments

Anonymous said…
salam, nak tanya, sutera vietnam yang jual kt DongXuan Market tu, lelaki boleh pki x? sbb xtau ketulenan sutera dia.
tq

Popular posts from this blog

Cinta Till Jannah