Lama tak jumpa.... dah tahun 2011

Assalamualaikum...

Bila ye last sekali update blog nie... malas pulak rasanya nak check. Cik Nurin pun dah besar... dah 4 tahun sekarang. Bapak dia pun makin tua, samalah dengan mak dia. Banyak kisah dalam 4 tahun nie yang tak larat nak di ceritakan. Antara yang menarik, sekarang nie start awal bulan Jun 2011 kami sekeluarga dah berpindah ke rumah nenek di Kampung Bukit Changgang, Banting Selangor. Dalam 10 minit dari KLIA. Kenapa pindah???..  nantilah cerita.

Penat jugak pindah nie.. barang tak banyak angkatlah, masih ada banyak lagi yang tinggal kat rumah di Puncak Perdana Shah Alam. Nantilah bila rumah nenek dah siap renovate kami angkutlah. Dan mungkin lepas tu nak sewakan sekiranya ada yang nak sewa. Tau sajalah sekarang nie nak cari rumah kat area bandar ni susah harga makin mahal. Kalau dapat simpan jadi investment pun syukur alhamdullilah.

Sekarang ni Cik Nurin tak nak sekolah sebab dia kata sekolah kat Bukit Changgang tu tak cantik. Penat jugak lah pujuk masih juga tak nak pergi sekolah. Ada waktu tu masa nak beli kasut, dia dah pilih kasut tu tapi ayahnya cakap kalau nak kasut tu kena pergi sekolah....terus dia kata... tak apalah ayah... tak payah beli (pandai betul budak-budak sekarang). Kerja dia sekarang main je dengan sepupu dan pakcik yang sebaya dengan dia. Hari Hari Hari Hari main.






Oklah nanti cerita lagi.... di atas tu antara beberapa kenangan dirumah, hari ibu dan trip ayah dan mama ke Hanoi Vietnam May 2011.

Jumpa lagi...




Comments

Popular posts from this blog

Cinta Till Jannah