Demi Negara Ku Malaysia Yang Tercinta

Petaling Jaya, Sabtu 10 May 2008: Demi negara yang tercinta yang sekarang sedang menghadapi krisis makanan, Nurin Sofiya @ Cik Nurin kita turun padang (office ler..) bersama ayah untuk menggembling tenaga menghadapi waktu-waktu yang sulit ini. Dengan kehadiran Nurin Sofiya telah membantu untuk menceriakan hari-hari yang suram di dalam office lebih-lebih lagi pada waktu hujung minggu.... Nasib baik ada Kak CT Leeena dan Kak Wan.F yang sudi melayan segala persoalan daripada Cik Nurin kita. Antara soalan-soalan nya adalah Ci Lub Baaaaa... hahahaha. Nurin Sofiya sanggup meluangkan masa bersama pekerja peringkat akar umbi ini dari jam 11.00am hingga 3.00pm, begitulah Cik Nurin kita dengan komitmentnya yang begitu tinggi lagi melambung. Kepada semua rakyat Malaysia marilah kita kurangkan makan nasi untuk mengkempiskan perut... hehehe. Setelah terlalu penat berfikir untuk negara Nurin Sofiya akhir tertidur di sofa (gambaq tak dan nak amik... sebab Nurin dah bangun) dengan berselimutkan selendang Kak Leeeena yang bucuk itu, yang mungkin dah dua tahun tak basuh.... ye laaa, tak pernah pun nampak Kak Leeeeena bawak balik. Ok sampai sini saja, diharapkan krisis ini cepat berakhir kerana Nurin nak ayah selalu ada kat umah main dengan Nurin. Wasalam.

Comments

Popular posts from this blog

Cinta Till Jannah